95898

Shaza Bae Juara Dewi Remaja 2019, Haneesya Ucap Tahniah - Suria FM - Segalanya Hiburan
Pertandingan Pencarian Dewi Remaja 2019 telah pun melabuhkan tirainya hujung minggu lalu di mana menyaksikan peserta dari Kuala Lumpur, Shaza Bae, 24, dinobatkan sebagai juara.
Shaza Bae atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri,  berjaya memikat hati keempat-empat juri pada malam itu yang terdiri daripada Scha Alyahya (juri tetap), Yusry And Halim (juri tetap), Datuk Aznil Haji Nawawi (juri jemputan) dan Dr So Wincci (juri jemputan).
Pada malam itu, kesemua lima finalis diberikan tugasan untuk menghasilkan sebuah video Pesanan Khidmat Masyarakat serta perlu menjawab soalan daripada juri secara spontan.
Ternyata gadis tinggi lampai yang juga merupakan graduan Universiti Malaya ini berjaya menambat hati juri apabila melakukan tugasan tentang masalah kesihatan mental sekaligus berjaya dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2019.
Menurut salah seorang juri tetap iaitu Yusry, Shaza mempunyai faktor X yang sukar untuk beliau jelaskan. Dan kerana itu Shaza dinobatkan sebagai juara.
Shaza ketika ditemui sewaktu sidang media berkata, dia terkesima saat Scha yang juga merupakan bekas Dewi Remaja 2006 itu memakaikan mahkota kemenangan itu di atas kepalanya.
“Sejujurnya saya tidak menyangka saya akan menang pada malam ini kerana jawapan empat lagi finalis lain sangat bernas. Sebab wajah saya kelihatan terkesima sewaktu diumumkan sebagai juara tadi”, jelasnya.
Ditanya apakah perancangan Shaza selepas bergelar Dewi Remaja, kata Shaza dia ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan ingin meneruskan cita-cita sebagai wartawan penyiaran.
Sementara itu, bekas pemenang Dewi Remaja yang gelarannya telah ditarik semula selepas terpalit dengan kontroversi iaitu Haneesya Hanee telah memberikan ucapan tahniah kepada Shaza.
Perkara itu telah dikongsi Shaza di akaun Instagramnya dan berasa terharu dengan ucapan positif dari Haneesya itu.
Pada malam itu gelaran naib juara menjadi milik Adriana Ghafar, 21 dan tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal, 23. Gelaran Dewi Inspirasi pula menjadi milik Nina Amin,23, dan Dewi Favorit menjadi milik Shalin,23.
Tahniah diucapkan kepada Shaza Bae dan semua pemenang yang lain. Semoga kalian menjadi inspirasi buat remaja di luar sana.
Artikel : Amy Miyake
Foto : Instagram Shaza Bae
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!