72859

Sheila Majid Bakal Menggegarkan Kota Jakarta Esok - Suria FM - Segalanya Hiburan

sm-poster-151217

Setelah penantian panjang selama 13 tahun, Ratu Jazz Malaysia kembali dengan album barunya ‘Boneka’ dan akan kembali bertandang ke Jakarta untuk bertemu para peminatnya dalam konsert solonya yang bertajuk “Sheila Majid The Concert Jakarta 2018”.

Konsert itu akan diadakan pada 20 Januari 2017 jam 8 malam di JI Expo Hall B3.

Jakarta adalah kota kedua yang akan beliau kunjungi sebagai sebahagian daripada rangkaian jelajah dunianya. Jelajah dunianya dimulakan dengan konsert di Kuala Lumpur pada 5 Ogos 2017 lalu yang telah diadakan di Stadium Negara.

Seperti yang ramai ketahui, Sheila memang mempunyai ramai peminat di Indonesia dan konsert di Jakarta ini juga merupakan peluang menonton kedua buat peminat lain di Malaysia yang tidak sempat menyaksikan konsertnya di Kuala Lumpur Ogos lalu.

Tiket telahpun mula dijual pada 16 Desember 2017 di www.loket.com dan boleh juga dibeli bermula 17 Disember 2017 di booth Loket.com (Mal Kota Kasablanka Lt.1 dekat Ace Hardware/LOIS) dari pukul 10.00-22.00.

Semua pemegang tiket Premium akan mendapat peluang bergambar dengan Sheila Majid (15 orang dalam satu gambar) dan poster cetak bertanda tangan.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!