72502

Sheila Majid Si Ratu Penghibur Sejati - Suria FM - Segalanya Hiburan

Melangkah masuk ke dalam stadium negara yang pernah menjadi saksi kepada tiga konsert ulung ratu jazz negara Datuk Sheila Majid ibarat megimbau kembali segala memori indah bagi peminat tegar wanita genit ini.

screen-shot-2017-08-07-at-9-58-22-am

Seawal pukul 5 petang sudah ada peminat yang setia menunggu di hadapan stadium biarpun konsert bermula pada 9 malam.Tidak mahu bersesak barangkali. Pelbagai kaum dan bangsa berhimpun demi menikmati alunan muzik.

screen-shot-2017-08-07-at-10-04-34-amscreen-shot-2017-08-07-at-10-01-11-am

Kesemua peminat yang hadir kebanyakannya adalah peminat yang membesar serta mengharungi perjalanan hidup mereka mendengarkan lagu-lagu dari Sheila Majid.

screen-shot-2017-08-07-at-10-05-29-am

Penyanyi serta artis ternama negara juga tidak terkecuali menghadiri konsert yang sudah bertahun dinanti ini. Antara wajah familiar yang hadir ialah Ziana Zain serta adiknya Anuar Zain, Afgan, Afdlin Shauki, Farahdhiya dan ramai lagi.

screen-shot-2017-08-07-at-10-12-59-amscreen-shot-2017-08-07-at-10-11-58-amscreen-shot-2017-08-07-at-10-10-18-am

Stadium Negara penuh pada malam itu, mana tidaknya kesemua tiket untuk konsert ini telah habis dijual.

Pentas dibina dengan begitu gah ditambah mainan kerdipan lampu yang maha hebat terasa bagai menonton konsert bertaraf antarabangsa.

screen-shot-2017-08-07-at-9-51-58-am

screen-shot-2017-08-07-at-9-49-41-am

Kelibat genit penyanyi idola ramai ini muncul dari bawah ‘perut’ pentas persis boneka yang menyarung helaian paling indah rekaan Michael Ong sambil mendendangkan hit yang pertama, Pengemis Muda.

screen-shot-2017-08-07-at-9-46-17-am

Teriakkan peminat memenuhi segenap ruang di stadium negara pada ketika itu. Keterujaan dan rasa terharu peminat Sheila dilempiaskan sepuasnya melalui sorakan serta tepukan paling gemuruh.

screen-shot-2017-08-07-at-10-48-45-amSeluruh stadium seakan dipukau dengan pesona Sheila yang tidak pernah luntur biarpun semakin dimamah usia.

screen-shot-2017-08-07-at-10-18-44-am

Vokalnya masih berbisa, menyuntik setiap jiwa serta telinga yang mendengar bait-bait lirik yang dilontarkannya.

Hebatnya seorang yang bernama Sheila Majid bukan sahaja dari nyanyiannya, malah dari tutur bicara interaksinya bersama penonton juga sudah bisa membuatkan penonton kekal melekat di kerusi masing-masing. Itulah dia seorang penghibur yang sejati.

screen-shot-2017-08-07-at-9-46-29-am

Sifat humornya sering mengundang ketawa membuatkan penonton sedikit pun tidak terasa bosan. Itu belum dikira tiga persalinan adibusana rekaan Michael Ong yang bisa membuat setiap mata yang memandang tidak berkelip melihatnya.

 

screen-shot-2017-08-07-at-9-50-39-am

Lebih 30 lagu disampaikan tanpa ada cacat cela. Penonton bagaikan berpesta kerna acap kali berdiri dan berdansa. Suasana di stadium negara berubah menjadi seperti di dalam sebuah disko gergasi. Ditambah pancaran lampu dari ‘disco ball’ mengelilingi segenap stadium menyuntik aura retro.

screen-shot-2017-08-07-at-9-46-58-amscreen-shot-2017-08-07-at-9-47-27-am

Antara persembahan yang paling diingati adalah melalui lagu Ku Mohon. Ia turut diakui Sheila sendiri yang menyatakan itu adalah persembahan paling sentimental untuknya.

screen-shot-2017-08-07-at-9-57-01-am

Ku Mohon dipersembahkan hanya dengan petikan piano oleh penciptanya Mac Chew diadun cantik dengan vokal gemersik yang berjiwa oleh Sheila. Babak kedua lagu itu disampaikan dengan penuh dramatik apabila paduan kesemua elemen muzik disatukan sehingga menaikkan bulu roma yang menyaksikan.

screen-shot-2017-08-07-at-9-48-29-amscreen-shot-2017-08-07-at-9-48-41-am

Sheila turut mendendangkan beberapa lagu hits dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee secara medley sebagai tribute. Tak lengkap andainya lagu hit Lagenda tidak diperdendangkan. Tidak terkecuali lagu Jentayu yang dicipta oleh Allahyarham komposer Johan Nawawi untuknya.

screen-shot-2017-08-07-at-9-47-40-am

Kesimpulannya, tidak akan habis kata-kata untuk diungkapkan serta dizahirkan dengan tulisan bagi menggambarkan kepuasan melihat konsert yang penuh dengan nilai sejati sebuah konsert. Berbaloi penantian yang dihitung oleh peminat Sheila.

 

Satu yang pasti, kesemua penonton yang pulang pada malam itu pulang dengan seribu kepuasan.

screen-shot-2017-08-07-at-9-48-06-amPaling mengujakan pada penghujung malam itu adalah apabila diumumkan di skrin gergasi bahawa akan ada Konsert Jelajah Dunia Sheila Majid pada tahun hadapan. Antara negara yang terlibat adalah Indonesia, Singapura, Brunei, London, Los Angeles dan Australia.

screen-shot-2017-08-07-at-9-54-37-amTahniah dari Suria untuk Datuk Sheila Majid dan seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam menjayakan konsert ini. Ini adalah salah satu momen bersejarah dalam kerjaya Sheila Majid sepanjang 32 tahun mengabadikan diri sebagai penghibur dan anak seni.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!