85127

Shiera Dihina Peminat Fattzura Gara-Gara Throwback Gambar Nikahnya Sendiri? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyampai Suria Pagi Sharifah Shahira atau kini dikenali sebagai Rara meluahkan rasa kecewa di Instagramnya apabila telah dihina oleh peminat fanatik pasangan Fattzura.

Dua tiga hari ini Shiera sering memuatnaik gambar ‘throwback’ majlis perkahwinannya bersama Ijoy untuk berkongsi detik bersejarahnya bersama peminat.

whatsapp-image-2018-02-28-at-1-20-16-pm

Tetapi ada peminat Fattzura yang telah menghantar mesej secara peribadi kepada Shiera meluahkan rasa kesian kepada Shiera kerana tidak dapat jemputan ke majlis perkahwinan Fattzura sehingga terpaksa ‘throwback’ majlis perkahwinannya yang sudah lapuk.

whatsapp-image-2018-02-28-at-1-47-25-pm

whatsapp-image-2018-02-28-at-1-18-00-pm

Shiera yang kesal dengan perbuatan individu berkenaan turut berpesan kepada Fazura dan Fattah untuk menasihati peminat mereka jika ada menganjurkan acara dengan peminat.

whatsapp-image-2018-02-28-at-1-51-38-pmwhatsapp-image-2018-02-28-at-1-18-00-pm-2

Ramai netizen yang memberi sokongan di ruangan komen instagram Shiera dan menyokong tindakannya.

Akaun individu yang menghina Shiera juga sudah tidak boleh diakses, sudah tutup barangkali selepas namanya didedahkan oleh Shiera.

Kepada peminat fanatik di luar sana, janganlah gara-gara terlalu taksub dan fanatik terhadap artis kesayangan anda sampai perlu menghina orang lain. Ingat setiap perbuatan anda yang akan terkena tempiasnya adalah idola anda sendiri.

Kepada Shiera pedulikan kepada orang yang sentiasa negatif dengan anda. yang penting ‘we love your throwback!’

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!