91333

Showcase Sofarz Bakal Akhiri Rindu Peminat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sofazr sebuah kumpulan yang mempunyai enam orang ahli anggota yang terdiri daripada Wan Shahbaharin Bin Niktah (Syah) gitaris pertama, Wan Shah Baharom Bin Niktah (One) drum, Ahmad Fairouz Bin Mohammad (Fairuz) basis, Amir Mahiyiddin (Ameer) vokalis,
Zarimi Bin Zahari (Zimi) gitaris kedua serta vokalis kedua dan Rodie Bin Jamun (Rodie) keyboard.

Kumpulan ini telah di tubuhkan sejak tahun 2003 dan mereka memperjuangkan jalur muzik freepop.

Antara lagu hits Sofazr adalah Janjiku, Dan Bila Esok, Cintai Aku, Kepantasanku, Hilang dan banyak lagi. Mereka telah mengeluarkan enam album studio antaranya Janjiku (2006), Dan Bila Esok (2010) dan 1 Dekad (2013) dan satu album kompilasi The Best Of Sofazr (2009).

Kini tahun 2018, mereka muncul semula dengan single terbaru berjudul ‘Takkan Mungkin’. Sebuah lagu ciptaan One S.B, Syah Sofazr dan Fairuz Sofazr, manakala lirik pula oleh One S.B. Lagu yang mengisahkan tentang seseorang yang kecewa terhadap ketidak-jujuran pasangannya lalu menghancurkan kepercayaan itu sedikit demi sedikit.

Lagu yang mengambil masa dalam sebulan lebih untuk melodi dan enam bulan lebih untuk menghasilkan lirik kerana ia berdasarkan pengalaman sendiri dan teman-teman sekeliling.

Memilih judul lagu ‘Takkan Mungkin’ kerana lebih menepati maksud dan jalan cerita keseluruhan lirik lagu ini. Kelainan lagu ini pula terletak pada bait bait lirik lagu itu sendiri
kerana sudah pasti ia akan meninggalkan kesan terhadap si pendengar yang mengalami.

Pada 25 November 2018, Sofazr akan mengadakan showcase di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada jam 3 petang, dan bakal menampilkan artis jemputan Treehill dan Amir Masdi.

Sebanyak 15 buah lagu akan di nyanyikan dan bakal menggegarkan Hard Rock Café dengan lagu-lagu hits Sofarz.

Pihak Seventeen Eleven Music ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Red Box Karaoke Malaysia atas lokasi majlis pelancaran single terbaru dan Sofazr Janjiku 15
Showcase ini.

Akan datang nantikan ‘Takkan Mungkin’ versi karaoke di Red Box, Green Box
dan Red Box PLUS outlets.

Teristimewa buat peminat Sofazr lagu ‘Takkan Mungkin’ edaran Seventeen Eleven Music Sdn.Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes,
Spotify, JOOX dan Deezer pada 19 November 2018.

SURIA turut berbangga apabila menjadi stesen radio rasmi untuk Showcase Sofarz yang akan berlangsung Ahad ini. Jumpa anda semua di sana.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!