91429

Siapa Bakal Ganti Altimet Di Pentas AJL33? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Keputusan muktamad telah pun dibuat oleh penyanyi lagu Bunga iaitu Altimet bahawa beliau tidak akan membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) tahun hadapan.

Ini berikutan prinsip Altimet yang telah membuat keputusan untuk bersara dari bidang nyanyian sebaik sahaja umurnya mencecah 40 tahun pada November tahun ini.

Namun menurut Altimet, akan ada penyanyi lain yang akan menggantikan dirinya di pentas AJL33 pada 3 Februari 2019 nanti.

Ramai juga peminat yang meluahkan rasa kecewa dengan keputusan Altimet itu dan merasakan pemilihan lagu Bunga ke AJL33 hanyalah sia-sia.

Namun kita harus menghormati keputusan Altimet yang sudah berpegang pada prinsipnya. Agak-agaknya siapa yang menjadi pilihan Altimet untuk menggantikan dirinya nanti ya? Sama-sama kita nantikan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!