72330

Siapa Nour Eriqa Pada Dato Siti? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah Nour Eriqa pada Dato Siti Nurhaliza. Kenapa tiba-tiba nama wanita ini muncul?

Kalau anda peminat tegar penyanyi nombor satu negara ini, pasti anda sudah menonton video muzik terbaru Dato Siti yang bertajuk ‘Segala Perasaan’.

screen-shot-2017-06-02-at-12-15-27-pm

Dalam muzik video tersebut, Dato Siti memainkan watak seorang ‘Superwoman’ yang mempunyai kuasa sakti menyebarkan perasaan cinta dalam diri manusia.

Suria berkesempatan menemubual secara eksklusif Dato Siti sewaktu beliau berkunjung ke konti Suria untuk mempromosikan album terbaru SimetriSiti.

screen-shot-2017-06-02-at-12-12-24-pm

Menurut Dato Siti, beliau memang sangat meminati watak ‘Superhero’ atau adiwira. Dan beliau juga sering berangan-angan menjadi salah seorang daripada mereka.

“Saya selalu berangan-angan bahawa saya seorang ‘superwoman’. Dan jika saya seorang ‘superwoman’ nama saya Nour Eriqa” , jelasnya.

screen-shot-2017-06-02-at-12-15-56-pm

Angan-angan itu akhirnya menjadi kenyataan, apabila watak Nour Eriqa itu diadaptasikan ke dalam video muzik ‘Segala Perasaan’.

Kalau anda nak tengok macam mana Dato Siti beraksi sebagai ‘Superwoman’, jangan lupa untuk menonton muzik video ‘Segala Perasaan’ yang sudah pun dimuatnaik di laman YouTube.

screen-shot-2017-06-02-at-12-13-06-pm

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!