72815

Siapa Pembunuh Sebenar dalam Murder On The Orient Express? - Suria FM - Segalanya Hiburan

motoe_30nov_campc-2sht

Filem berkonsep misteri pembunuhan satu ketika dahulu sangat popular di era 80-an dan setelah agak lama tidak ada filem seperti ini, Hollywood mempersembahkan sebuah tayangan gambar yang diadaptasi daripada buku cerita terkenal ‘Murder On The Orient Express’ hasil nukilan penulis novel misteri tersohor dunia, Agatha Christie.

df-10636_r

Seperti mana James Bond merupakan watak detektif ciptaan Ian Fleming dalam novel-novelnya, Agatha Christie menzahirkan detektifnya tersendiri yang bernama Hercule Poirot, seorang detektif Perancis yang dikenali dengan misai anehnya. Membawa gelaran ‘detektif terhebat dunia’ dalam siri novel Agatha Christie, Poirot sering diupah oleh pejabat-pejabat polis antarabangsa untuk menyelesaikan kes-kes yang sukar dibongkar.

df-10859_r_crop

Dalam Murder On The Orient Express, Hercule Poirot (lakonan Kenneth Branagh) sekali lagi terpanggil untuk menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang berlaku sewaktu dia menjadi penumpang di atas sebuah keretapi mewah, The Orient Express yang sedang menuju ke satu destinasi di Perancis.

df-07344_rv2

Di dalam keretapi tersebut, terdapat 13 orang yang menjadi suspek dengan latarbelakang dan motif yang berbeza.

Namun siapakah sebenarnya pembunuh dalam keretapi mewah itu? Penonton pasti akan cuba meneka berdasarkan fakta dan jalan cerita yang disaksikan sepanjang filem, namun apabila filemnya selesai kami di Suria yakin bahawa pasti ramai yang tidak menyangka dengan pendedahan pembunuh sebenarnya.

Filem yang membariskan nama-nama terbesar dunia Hollywood sebagai teraju utama ini menampilkan Michelle Pfeifer, Johnny Depp, Penelope Cruz, Judi Dench, Willem Dafoe dan ramai lagi.

df-02573_r2

Pastikan anda menonton Murder On The Orient Express bermula 30 November ini di semua pawagam seluruh Malaysia.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!