71885

"Siapa Suka Jika Dilabel Dengan Gelaran Itu" – Luahan Rita Rudaini Tentang Komen Donna Muslim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa yang tidak marah jika status tentang dirinya dijadikan bahan jenaka walaupun ia berlaku tidak sengaja atau sebaliknya. Ini yang terjadi kepada Rita Rudaini apabila pengacara, Donna Muslim melabelkan Rita sebagai ‘Mak Janda’ melalui akaun Instagram miliknya.

rita-1_3

Disebabkan itu juga, Donna menerima kritikan hebat oleh peminat Rita yang berang dengan panggilan itu. Donna juga tidak menduga perkara sebegitu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat Rita.

“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya. Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.”

Nak dijadikan cerita, Rita juga telah tampil dengan menghantar screen shot kepada Donna sebaik sahaja ia mula kecoh di laman sosial itu dan Rita meminta Donna untuk memberi penjelasan berhubungan isu itu. 

“Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf. Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.”

Apabila ditanya tentang isu ini kepada tuan empunya badan, Rita memberitahu bahawa tindakan Donna melabelkan beliau seperti itu sebagai kurang bijak. 

“Saya memang tidak mengikutinya di laman Instagram jadi tak tahu apa yang dia muat naik. Apabila peminat menghantar paparan skrin komen itu, saya terus bertanya kepada dia. Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial. Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu.”

Semoga isu ini tidak lagi berpanjangan kerana  Donna juga telah memohon maaf terhadap Rita atas apa yang berlaku. Cuma apa yang boleh dipesankan, fikir hati dan perasaan orang lain sebelum ingin mengatakan sesuatu.

 

Penulis : Fara Ismail | Sumber : Harian Metro

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!