91189

Siapa Yang Tergugat Dengan Rita Rudaini? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Baru-baru ini, pelakon jelita Rita Rudaini ada memuatnaik status panjang lebar di Instagramnya.

Kata Rita dalam kapsyen itu, ada individu yang rasa tergugat dengannya.

Individu terbabit juga dikatakan sering ‘stalk’ Instagram Rita dan memburuk-burukkannya.

 

Tambah Rita lagi, biarpun sudah masuk tahun 2018, tetapi Individu terbabit masih tidak boleh ‘move on’.

Hmmm… Agaknya siapa Individu yang dimaksudkan Rita ya? Dan kenapa pula individu tersebut tidak boleh ‘move on’ dan sering memburuk-burukkan Rita?

Nanti kalau SURIA jumpa Rita, SURIA nak tanya sendiri dengan Rita siapa individu yang dimaksudkan Rita itu.

Apa-apa pun SURIA nak ucap tahniah kepada Rita kerana berjaya menubuhkan kelab bola sepak untuk kanak-kanak yang turut disertai oleh anaknya. Mana lah tahu satu hari nanti anak Rita berjaya menjadi pemain bola sepak handalan seperti Cristiano Ronaldo.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!