88671

Siapakah Dua Penyampai Baru SURIA Pagi? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Debaran kian terasa, degupan jantung semakin kencang, hati tidak tenteram tertanya-tanya siapakah gerangan dua jejaka yang bakal bergandingan bersama Fizi Ali di segmen SURIA Pagi bermula 6 Ogos ini?

Yang pasti gandingan baru ini merupakan antara kejutan istimewa buat pendengar-pendengar SURIA selepas Zulin Aziz meninggalkan konti pada bulan lalu.

Semenjak Zulin meninggalkan SURIA pagi, SURIA FM optimis mencari pengganti yang benar-benar mampu memikat hati pendengar-pendengar setiap pagi.

Gandingan terbaru SURIA pagi ini pasti akan membuatkan pagi anda lebih ceria dengan suara tiga jejaka terhangat masa kini.

Siapakah mereka? Tungguuuuuuuuuuu Isnin ini hanya di SURIA FM. Segalanya Hiburan!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!