72655

Siti Sarah Mohon Maaf Kerana Menyanyi Sumbang Di AF Megastar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika anda menonton konsert AF Megastar minggu lalu, pasti anda dapat menonton persembahan pembukaan dari Siti Sarah Raissudin.

Sarah telah menyanyikan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu dan lagu Jerat Percintaan.

Persembahan Sarah pada malam itu nampak meyakinkan malah dia turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari penonton di dewan.


Namun rupanya, apa yang kita lihat tidak seperti apa yang dirasai oleh tuan punya badan sendiri.

Menerusi akaun Instagram milik Sarah, dia telah memuatnaik permohonan maaf kepada peminatnya kerana tidak menyanyi dengan baik pada malam itu.

screen-shot-2017-10-03-at-11-34-02-am

Menurut Sarah, dia telah menyanyi ‘flat’ atau sumbang di beberapa bahagian lagu kerana pada malam itu dia tidak membuka monitor di telinganya.

Sarah turut berkongsi kisah kekecewaannya adalah sama seperti ketika dia berusia 15 tahun appabila gagal dalam satu pertandingan nyanyian.

Di ruangan komen pula, ramai peminatnya yang memberikan kata-kata semangat dan memuji persembahan Sarah pada malam itu.

screen-shot-2017-10-03-at-11-31-24-am

Semoga selepas ini persembahan Sarah lebih mantap. Tak sabar nak tunggu lagu baru Sarah berkumandang di corong-corong radio.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!