90194

Smallfoot : Menghiburkan dan Penuh Pengajaran - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dalam lambakan filem seram dan aksi yang membanjiri pawagam kita dari luar dan dalam negara, muncul pula sebuah filem animasi untuk menghiburkan seisi keluarga.

Membariskan nama-nama besar Hollywood seperti Channing Tatum dan Zendaya sebagai peminjam suara, filem Smallfoot ada banyak pesanan di dalamnya selain sangat menghiburkan.

Ia mengisahkan kehidupan seekor ‘Yeti’ (nama lain bagi spesis ‘Bigfoot’ yang tinggal di puncak pergunungan Himalaya) yang mencari kebenaran di sebalik kewujudannya. Dalam pencarian ini, dia terjumpa spesis manusia dan memberitahu penduduk kampungnya bahawa manusia itu wujud dan berbeza dengan spesis mereka.

Namun ketua kampungnya menganggap dia menipu dan menghalaunya ke luar kampung. Namun selepas dihalau dia berjaya menemui seorang manusia yang juga seorang pengacara TV dan membawa manusia itu pulang sebagai bukti kewujudan manusia.

Pelbagai adegan mula terjadi selepas itu sehingga menguji persahabatannya dengan manusia itu serta kawan-kawan sekaumnya sendiri. Banyak pengajaran yang dapat diambil dari filem ini dan kami yakin kanak-kanak serta ibubapa juga pasti akan menyukai kisah ini.

Smallfoot sudahpun mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 September 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!