89712

Sofarz & Tegar Ubati Rindu Peminat Di Konsert Jelajah SURIA - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu telah berlangsung konsert Jelajah SURIA minggu kedua di Aeon Bukit Raja Klang Selangor.

Konsert kali ini lebih istimewa kerana para peminat yang hadir dapat melihat kemunculan semula kumpulan Sofarz dan penyanyi dari seberang Tegar.

Ramai yang gembira dapat bertemu kumpulan Sofarz dan Tegar yang membuat persembahan mendengdangkan lagu-lagu hits mereka.

Tidak ketinggalan penyanyi popular seperti Datin Alyah, Nabila Razali dan Lan Solo turut menghiburkan penonton di konsert Jelajah Suria kali ini.

Pujian perlu diberikan kepada Nabila Razali kerana sewaktu beliau mendendangkan lagu Cemburu, tiba-tiba muzik terhenti. Namun Nabila berjaya mengawal situasi dengan sangat professional.

Pentas utama pula kecoh dengan telatah penyampai-penyampai SURIA seperti Shahrol Shiro, Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya Borhan dan DJ Lin.

Lebih menarik apabila ada penyampai-penyampai yang memberikan hadiah wang tunai dari poket mereka sendiri.

Kepada warga utara, jom serbu Mydin Bukit Mertajam Sabtu ini untuk Siri konsert Jelajah Suria minggu ketiga dengan lebih ramai artis popular seperti…. Jumpa anda di Sana.

https://www.suria.my/promos/jelajah-suria-dikecohkan-team-pagi-suria/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!