91417

Sofazr Masih Memukau - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tanpa disedari, kumpulan Rock popular Sofazr sudah 15 tahun berkecimpung dalam arena seni tempatan. Dan bersempena dengan ulangtahun ke-15 mereka, kumpulan ini sempat mengadakan sebuah persembahan khas bersama peminat tegar mereka di Hard Rock Cafe, pada Ahad 25 November 2018 lalu.

Ternyata, petang itu membuktikan bahawa Sofazr masih berbisa dan mampu memberikan persembahan yang mantap. Sesuai dengan usia mereka yang ke-15 tahun, mereka sempat mendendangkan 15 buah lagu terpopular mereka di samping sebuah lagu selingan bersama beberapa rakan artis yang hadir.

Terkenal dengan lagu-lagu seperti ‘Janjiku’, ‘Dan Bila Esok’, ‘Cinta’ dan banyak lagi, mereka juga sempat menjemput Tomok dan Akim Ahmad untuk sama-sama menyampaikan sedutan lagu ‘Sejati’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Rock tersohor Malaysia, Wings.

Selain itu, bekas juara Akademi Fantasia, Amir Masdi turut diberi peluang membuat persembahan pembukaan selain kumpulan TreeHill yang juga hadir pada petang itu.

Suria mengucapkan syabas kepada Sofazr kerana masih mampu memberikan persembahan yang hebat dan menghiburkan buat para peminat mereka sepanjang 15 tahun ini. Semoga terus berjaya dan kami sentiasa menanti karya terbaru mereka!

‘Showcase’ Sofazr Janjiku 15 mendapat sokongan stesen radio Suria FM sebagai stesen radio rasmi di samping rakan-rakan lain seperti Red Box, 17 Eleven Music serta pihak pengurusan Three60.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!