71974

'Someone Sent This To Me. Apooo?' – Fazura Balas Status Nora Ariffin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini nyanyian Fazura menerima kritikan hebat dari netizen yang mengatakan beliau lebih sesuai menjadi pelakon berbanding penyanyi. 

Walau bagaimanapun, baru-baru ini Fazura dikatakan telah dipilih untuk menjadi juri dalam sebuah program nyanyian dan sekali gus ia menarik perhatian penyanyi lagenda Nora Ariffin sehinggakan beliau telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya.

nora-2

Melalui statusnya itu, ia menunjukkan bahawa Nora seakan-akan mempertikaikan kemampuan Fazura sebagai juri tetapi beliau telah menafikannya dan memberitahu bahawa beliau tiada niat sebegitu bahkan ia hanyalah sekadar pendapat. 

“Saya tak faham kenapa pen­­dapat saya sering dijadikan isu, terutama kalau dimuat naik di Facebook atau Instagram sedangkan ramai lagi artis lain yang tweet pasal macam-macam dan lebih pe­das, tetapi tiada orang peduli pun. Itu yang ingin saya tanya. Cukup-cukuplah nak hentam saya. Sudah 25 tahun saya dalam industri muzik. Memang tak ada maksud apa-apa pun. Itu pendapat spontan masa tengok televisyen. Tapi orang suka jadikan isu. Maaf, saya malas nak layan orang yang tak cerdik ni mereka ini negatif.”

Disebabkan status itu, selang beberapa jam Fazura dilihat telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya yang mempertikaikan pandangan mahupun pendapat yang disuarakan oleh Nora.

nora-3

Kadang-kadang status yang dimuat naik di laman sosial sememangnya boleh mengundang pelbagai tafsiran si pembaca. Nora lebih tahu niat sebenarnya memuat naik status sedemikian. Apa pula pendapat anda?

Sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!