88644

Sonam Kapoor Pernah Minta Untuk Pakai Rekaan Rizman Ruzaini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon serta ikon fesyen Bollywood, Sonam Kapoor pernah meminta khidmat pereka fesyen duo negara Rizman Ruzaini untuk mereka baju untuknya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh pereka terkenal itu sewaktu ditemubual oleh SURIA pada sidang media penyertaan mereka ke Minggu Fesyen New York pada bulan September ini.

Pihak Sonam Kapoor pernah menghantar email kepada kami untuk mencuba koleksi Rizman Ruzaini.Tetapi malangnya pada waktu itu, kami tidak dapat menyediakan pakaiaan yang diminta oleh Sonam. Sonam mahu pakaian ‘Ready-To-Wear untuk beliau gayakan pada satu majlis. Pada waktu itu Rizman Ruzaini tidak banyak keluarkan koleksi Ready-To-Wear. Kita ada tawarkan untuk membuat baju baru untuk beliau, tetapi mereka sudah kesuntukan masa” , jelas Rizman.

Tambah Rizman lagi, mereka sendiri terkejut apabila mendapat email daripada pihak Sonam kapoor. Malah sempat berfikir bahawa email itu hanyalah ‘spam’ semata-mata. Namun selepas diselidik ternyata ia benar-benar dikirim oleh pihak Sonam.

Bukan itu sahaja, Rizman Ruzaini malah pernah hampir menggayakan aktres terkenal yang juga bekas Ratu Cantik Dunia, Priyanka Chopra sewaktu kunjungan aktres itu ke Kuala Lumpur bagi menghadiri anugerah IIFA beberapa tahun lalu.

Kami telah dipelawa untuk mereka busana untuk Priyanka Chopra, tetapi malangnya beliau telah pulang sebelum anugerah itu bermula. Mungkin kerana dia sudah tahu yang dia tidak akan menang pada malam anugerah itu“, ujarnya.

Pereka fesyen yang sudah 13 tahun bertapak dalam industri fesyen tanah air itu turut menanam impian untuk mereka busana buat aktres antarabangsa Charlize Theron dan Aishwarya Rai satu hari nanti.

SURIA bangga dan kagum dengan kehebatan Rizman Ruzaini. Siapa sangka seorang ikon fesyen terkenal seperti Sonam Kapoor juga mahu menggayakan rekaan pereka tempatan. Semoga impian Rizman Ruzaini untuk melihat Charlize Theron dan Aishwarya Rai menggayakan rekaan mereka akan terlaksana satu hari ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!