72180

SonaOne Again! - Suria FM - Segalanya Hiburan

sonaone-single-cover-digital-use

Dalam diam, penyanyi hip hop berdarah kacukan Melayu-Perancis, SonaOne muncul lagi dengan sebuah lagu baru berjudul ‘Again’.

Lagu yang ditulis, digubah dan diadun oleh beliau sendiri ini dihasilkan dalam enam bulan lalu, setelah selesai menumpukan seluruh perhatian kepada kerjayanya dalam dunia televisyen.

sonaone-pic-3

Lebih menarik lagi, lagu ini turut mendapat sentuhan jurutera mastering antarabangsa, Chris Athens yang telah bekerjasama dengan artis antarabangsa tersohor seperti Drake, DJ Khaled, Charlie Puth dan ramai lagi.

“Sebagai seorang artis, saya sentiasa berkembang mengikut peredaran semasa, perubahan atau evolusi ini membuktikan kemajuan dalam diri saya dari pelbagai peringkat dan aspek. ‘Again’ hanya secebis sahaja daripada apa yang bakal menyusul kelak,” kata SonaOne mengenai lagu tersebut.

sonaone-pic-1

Sebelum kemunculan lagu ini, SonaOne sempat tampil dalam sebuah lagu baru bersama penyanyi dari seberang, Afgan dan juga single terbaru Yuna yang berjudul ‘Pulang’.

“Again” boleh dimuat turun dan didengari di semua wadah digital pada 14 April 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!