72734

Song Song Couple Kini Suami Isteri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan popular dari Korea Selatan iaitu Song Hye Kyo dan Song Joong Ki akhirnya mengikat tali perkahwinan dalam satu majlis yang serba indah di Korea Selatan pada 31 Oktober 2017.

song-joong-ki-song-hye-kyo4-1

Pasangan yang diberi jolokan Song-Song Couple ini telah berkahwin di sebuah hotel dan dihadiri oleh ahli keluarga dan para selebriti terkenal Korea Selatan.

park-bo-gum-kim-ji-won-park-hyung-sik-xpn

Song Hye Kyo kelihatan sungguh jelita dalam gaun perkahwinan yang cukup ringkas. Solekan yang tipis menyerlahkan lagi keayuan wajahnya. Song Joong Ki juga kelihatan sungguh kacak menggayakan tuksedo hitam. Kedua-duanya ilham dari rumah fesyen Dior.

 

song-joong-ki-song-hye-kyo-21

Perkahwinan dua selebriti popular ini mendapat liputan meluas sehingga menjadi treding di seleuruh dunia.

song-joong-kisong-hye-kyo1

Ibarat kisah dongeng yang menjadi nyata, itulah yang dikatakan oleh para netizen mengenai perkahwinan ini. Song Hye kyo dan Joong Ki mula bercinta saat sama-sama berlakon dalam drama yang mencetus fenomena Decendants Of The Sun.

screen-shot-2017-11-01-at-2-17-36-pm

Semoga berbahagia selama-lamanya.

Sumber : Soompi

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!