86486

Soo Wincci Teruskan Amalan Berpuasa Untuk Tahun Ketujuh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selebriti terkenal yang juga merupakan bekas ratu cantik Malaysia iaitu Dr. Soo Wincci masih lagi mahu meneruskan amalan berpuasa di bulan Ramadan untuk tahun ketujuh.

Biarpun merupakan seorang bukan Muslim, namun beliau sudah terbiasa berpuasa di bulan Ramadan sejak 7 tahun lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Wincci memberitahu tahun ini beliau akan berpuasa lebih awal di Sepanyol kerana mahu membiasakan diri terlebih dahulu.

Katanya lagi kerana kini beliau tinggal di Sepanyol untuk menyambung pelajaran, beliau harus berpuasa selama 16 jam.

SURIA benar-benar kagum dengan semangat Dr. Soo Wincci. Selayaknya dijadikan contoh untuk masyarakat di luar sana terutamanya yang beragama Islam. Jika Wincci yang bukan beragama Islam mampu berpuasa 16 jam lagi, apa alasan anda untuk ponteng puasa?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!