85110

Sridevi – Ratu Bollywood Pertama Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seluruh Bollywood bersedih di atas kehilangan Ratu Bollywood yang pertama iaitu Sridevi Kapoor yang telah meninggal dunia pada usia 54 akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Memulakan kerjaya lakonan seawal usia 4 tahun, Sridevi merupakan idola kepada ramai orang serta menjadi pujaan bintang-bintang Bollywood.

sridevi-biography-1-1

Deretan filem Box-Office serta memiliki rupa paras yang jelita dengan mata bundar yang memukau, Sridevi bukan sahaja berjaya di liga filem hindi tetapi juga filem Tamil.

Antara filem Sridevi yang popular ialah Nagina, Mr India, Chandramukhi, Chandni, dan English Vinglish.

1280x720-mau

Kesedihan itu turut dirasai oleh Perdana Menteri India Narendra Modi apabila beliau memberikan ucapan takziah serta meluahkan rasa sedihnya di atas kehilangan lagenda kesayangan Bollywood itu di Twitter miliknya.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-12-40-pm-3

Superstar Bollywood juga turut meluahkan rasa sedih dan terkejut di atas pemergian Sridevi yang sangat mengejut.

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-12-40-pm-1

whatsapp-image-2018-02-26-at-1-12-40-pm-2

Sridevi juga tidak sempat untuk menonton filem debut anak daranya iaitu Jhanvi kapoor yang akan ditayangkan pada tahun ini.

dhadak-2-825

Takziah SURIA ucapkan kepada seluruh keluarga sridevi di atas kehilangan permata Bollywood yang pernah menyinari dunia perfileman satu masa dahulu.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!