91906

Star SupaComic Medan Peminat Anime & Cosplay - Suria FM - Segalanya Hiburan

iStar Events Sdn Bhd, anak syarikat kepada Kumpulan Media Star Berhad dengan Mountain Dew sebagai penaja utama, Harvey Norman sebagai penaja lokasi dan rakan penaja Sony, Sonos & Microsoft akan menganjurkan acara Star SupaComic pada 29 & 30 Disember 2018 ini di Mid Valley Exhibition Centre. Buat peminat anime, cosplay, e-games & omocha, Star SupaComic ini merupakan platform untuk semua pencinta cosplay, anime & manga, pemain, doujin dan pengumpul untuk mempamerkan bakat mereka.

Acara Star SupaComic ini akan dirasmikan oleh Mohamed Amshar bin Aziz, Setiausaha Sulit kepada Menteri Belia dan Sukan diiringi oleh Roy Tan, Ketua Pegawai Operasi Star Media Group Berhad.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan selama dua hari penganjuran acara Star SupaComic ini yang terdiri daripada:

  1. Pertandingan Cosplay Terbaik
  2. Peraduan Doujin (Pertandingan Seni)
  3. Permainan online, Mobile Legend
  4. Permainan Collectors Card
  5. Monster Hunter
  6. Pemain cosplay antarabangsa daripada Itali, Indonesia, Thailand dan Singapura

Seramai 20,000 pengunjung dijangka hadir pada acara Star SupaComic ini untuk kedua-dua hari dan lebih 1,000 orang akan hadir dengan pakaian cosplay mereka. Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang mendapatkan lebih 1,000 jenis barangan anime eksklusif melalui acara pentas yang dijalankan.

Peminat yang ingin berkunjung ke acara Star SupaComic ini boleh membeli tiket masuk yang dijual dengan harga yang berpatutan. Tiket Early Bird berharga RM25 (1 hari), RM45 (2 hari), tiket Walk-in adalah RM30 (1 hari) dan RM60 (2 hari). Pengunjung juga berpeluang mendapatkan Pakej Edisi Terhad yang termasuk Kemeja T-Shirt Star Supa, lanyard, fail dan dengan tiket masuk (2 hari) untuk acara tersebut.

Tiket boleh dibeli di bit.ly/starsupacomic laman web rasmi The Star. Untuk maklumat lanjut hubungi unit Acara i.Star di 03-7967 1388 ext 1097/1505/1541 atau layari bit.ly/starsupacomic.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!