87926

Suami Adrea Abdullah Diajak Lakukan Seks Dengan Lelaki Homoseksual? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kebelakangan ini, macam-macam benda pelik yang SURIA dengar dan berlaku di negara kita ini.

Belum reda dengan kisah ustaz yang kahwin dengan budak berusia 11 tahun, ada pula kes gangguan seksual kepada suami pelakon filem Blok 404, Adrea Abdullah.

Menerusi kemas kini akaun Instagram milik Adrea, dia telah memuatnaik ‘screen shot’ mesej-mesej lucah yang dihantar oleh lelaki-lelaki yang dipercayai homoseksual kepada suaminya.

Tidak dapat dinafikan suami Adrea memiliki rupa paras yang sangat kacak dan bertubuh sasa persis model terkenal. Namun itu bukan alasan untuk lelaki songsang di luar sana untuk mencuba nasib.

Di ruangan komen, seorang lagi aktres terkenal iaitu Dynas Mokhtar mengadu turut terkena nasib yang sama apabila suaminya turut diganggu oleh golongan songsang.

Aduh kenapalah terdesak sangat? Tidakkah anda tahu lelaki-lelaki yang anda ajak buat perkara tidak senonoh itu merupakan suami orang? Kalau mereka bukan suami orang pun, tidak seharusnya anda berbuat demikian.

Semoga kalian semua segera bertaubat. Kepada Adrea dan Dynas, jaga baik-baik ya suami anda. Maklum lah sekarang ni, bukan perempuan sahaja yang memerhati, tetapi lelaki juga sedang ‘target’ suami anda yang ‘Tall, Dark & Handsome’ itu. Oops!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!