72633

Suami Bantu Idayu Mantapkan Nyanyian - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tidak dapat dinafikan kehebatan persembahan Idayu dalam AF Megastar sering mendapat perhatian dan pujian ramai.

Juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS juga sering memberikan komen yang positif mengenai persembahan Idayu yang disifatkannya sebagai seorang yang bijak dalam memilih lagu.

Jadi tidak hairanlah nama Idayu sudah dua kali menjadi peserta yang mendapat kutipan markah yang paling tinggi.

screen-shot-2017-09-25-at-8-16-54-pm

Idayu sewaktu ditemui di sidang media sejurus tamat konsert AF Megastar yang kedua berkata, pengalaman menimba ilmu dalam jurusan muzik sewaktu di UiTM dulu benar-benar membantunya dalam mencari haluan muziknya.

“Mungkin sebab saya sudah biasa belajar di UiTM dulu, kord itu perlu pandai untuk disesuaikan. Tidak boleh menyanyi sembarangan”, jelasnya.

Selain itu menurut Idayu, suaminya Shahrul juga banyak membantu dari segi teknik nyanyian dan cara penyampai sesebuah lagu.

“Suami saya juga orang muzik, kami sama-sama belajar di UiTM dulu. Dia banyak membantu saya dalam nyanyian”, kata Idayu.

screen-shot-2017-09-25-at-8-20-46-pm

Idayu turut meluahkan rasa puasnya kerana dapat kembali menyanyi di pentas Akademi Fantasia dan mempamerkan bakat yang ada pada dirinya.

“Bila saya tengok reaksi semua orang tentang nyanyian saya, saya rasa sangat puas! Penonton sekarang lebih terima siapa saya sekarang berbanding dahulu”, luahnya.

Jangan lupa untuk saksikan Idayu di konsert AF Megastar setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!