99848

Suami Izinkan Nikita Willy Bekerja Selepas Berkahwin, Tapi Dengan Satu Syarat - Suria FM - Segalanya Hiburan

TUNANG kepada pelakon terkenal Indonesia Nikita Willy mengizinkan aktres itu bekerja selepas mereka berkahwin tetapi dengan bersyarat.

Memetik laporan liputan6, Indra tidak akan melarang Nikita untuk berbuat apa sahaja yang diingini namun dia perlu meluangkan masa bersama keluarga pada setiap hujung minggu.

“Dia boleh buat apa saja yang dia mahukan asalkan pada hujung minggu dia ada masa bersama keluarga.

“Hari lain tu dia nak buat apa buat la,” kata Indra.

Dalam pada itu, Nikita berkata sejak awal bercinta, dia dan Indra saling memberi kebebasan kepada satu sama lain.

Menurutnya, mereka tidak mengganggu privasi masing-masing kerana ingin menghormati hubungan mereka.

“Dari awal lagi kami tidak periksa telefon masing-masing. Itu privasi dia… saya tak akan jeling pada skrin telefonnya walaupun dia menggunakan telefon di depan saya. Dia juga begitu.

“Hubungan bersama Indra seperti partnership, bukan ownership. Saya boleh jadi diri saya, dia juga boleh jadi dirinya sendiri,” ujar Nikita.

Nikita dan Indra dilaporkan bakal melangsungkan pernikahan pada Oktober ini.

Kredit artikel dari mStar dan liputan6

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!