72050

Sufian Suhaimi Putus Cinta Gara-Gara Elfira Loy? Ini Jawapan Sufian! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Terakhir’ iaitu Sufian Suhaimi menerima kritikan yang hebat dari segelintir netizen yang melabelkan beliau sebagai seorang yang lupa daratan dan telah curang apabila mula berkawan rapat dengan pelakon, Elfira Loy.

Walau bagaimanapun, Sufian telah menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa hubunga beliau bersama dengan bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Izyan itu telah berakhir sejak beberapa bulan yang lalu.

Menurut Sufian lagi, ada segelintir pengikut laman sosial yang suka mengamalkan sikap menerjah tanpa usul periksa dan menghukum dirinya dengan mengeluarkan komen-komen yang negatif.

“Ramai yang marah dengan saya kerana mereka baru jumpa gambar-gambar lama saya dengan bekas kekasih saya dan membuat kesimpulan sendiri. Sebenarnya saya sudah putus dan wanita dalam gambar itu ialah bekas kekasih saya, namun saya tidak rasa ada keperluan untuk saya jelaskan perkara sebenar kerana ia adalah hal peribadi.”

elfirapian

Bukan itu sahaja, apa yang lebih parah apabila netizen sudah mula menyebarkan gambar Sufian dan bekas kekasihnya itu dan mendakwa Elfira Loy adalah punca hubungan mereka tidak bertahan lama.

“Ia bukan sebab Elfira dan saya kasihan juga kerana Elfira turut terkena tempias dengan hal ini. Dia (Elfira) ada bertanya saya dan sedih bila dituduh begitu oleh netizen. Tapi bila saya jelaskan perkara sebenar, dia faham dan tidak melayan perkara berkenaan.”

Kalau itu yang sebenarnya terjadi, diharapkan peminat tidak akan terus menghukum Sufian dan Elfira Loy. Anggap sahaja mungkin sudah tiada jodoh antara Sufian dan Izyan.

Sumber : mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!