Jika anda sudah menonton filem Brother Of The Year, anda pasti mengenali dua pelakon utamanya iaitu Sunny Suwanmethanon dan Urassaya Sperbund (Yaya).

Sewaktu hadir ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan filem itu, mereka berdua telah meluahkan rasa terharu kerana tidak sangka memiliki peminat di Malaysia. Malah ini merupakan kunjungan mereka yang pertama kali ke Malaysia.

“Ini adalalah kali pertama saya berkunjung ke Malaysia dan saya sangat teruja. Sebenarnya saya ingatkan saya langsung tidak dikenali di sini. Tetapi tak . sangka rupanya saya ada peminat di sini”, kata Sunny.

“Sama seperti Sunny, ini juga adalah kunjungan saya yang pertama kali di Malaysia. Saya tak tahu jika saya ada peminat di sini. Tapi saya teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat di Malaysia”, jelas Yaya.

Ternyata mereka berdua memang mempunyai ramai peminat di Malaysia. Buktinya sewaktu sesi ‘Meet & Greet’ yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya, ribuan peminat menjerit memanggil nama mereka sambil memegang sepanduk.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!