72333

Suri Hati Jep Sepahtu Kini Berhijab - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon dan isteri kepada pelawak Jep Sepahtu, Sari Yanti dikhabarkan telah mengambil keputusan untuk berhijab.

Menerusi akaun Instagram milik Jep, beliau telah memuatnaik gambar Sari yang memakai hijab beserta kapsyen semoga terus istiqamah.

screen-shot-2017-06-05-at-10-46-37-am

Ruangan komen Instagram Jep dipenuhi dengan ucapan tahniah dari peminat-peminat Sari mahupun Jep.

screen-shot-2017-06-05-at-10-47-02-am

Peminat juga tersentuh dengan ucapan Jep yang mengucapkan terima kasih kepada Sari kerana memudahkan urusannya kelak di akhir kapsyen beliau.

screen-shot-2017-06-05-at-10-48-10-am

Alhamdulillah serta tahniah Suria ucapkan kepada Sari dan juga Jep. Manis sekali melihat foto-foto Sari berhijab. Pandai Jep didik isteri ya. Semoga jadi isteri yang solehah ya Sari.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!