72385

Suri Hati Mr Pilot Raya Drama Paling Dinanti? - Suria FM - Segalanya Hiburan

Fenomena yang dicetuskan oleh drama popular Suri Hati Mr Pilot memang sangat luar biasa. Malah sehingga ke hari ini peminat seakan-akan tidak boleh ‘move-on’ dengan demam drama ini.

Drama ini turut mengangkat heronya, Fattah Amin sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 3.0. Begitulah besarnya impak yang ditinggalkan drama yang turut dibintangi Noor Neelofa sebagai heroin.

4-fattah-amin-bintang-paling-popular-abpbh-3-rotikaya-620x372

Peminat #Lofattah teruja apabila mengetahui drama ini akan diterbitkan versi raya menerusi telemovie Suri Hati Mr Pilot Raya yang akan ditayangkan pada 1 Syawal nanti.

Ramai yang rindu untuk melihat pasangan kesayangan mereka ini kembali beraksi sebagai suami isteri di layar kaca.

_20170505_121422

Tambahan pula, hubungan mereka kini dikatakan kurang baik membuatkan peminat tidak sabar mahu melepaskan rindu dendam mereka terhadap Neelofa dan Fattah.

Apa yang kami pasti, drama ini pasti menjadi ‘Trending’ di Twitter raya pertama nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!