90358

SURIA Belanja Makan Percuma Orang Terengganu & Kuantan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hujung minggu lalu SURIA telah menjelajah ke Pantai Timur untuk belanja orang-orang pantai timur makan percuma.

Lokasi pertama yang dikunjungi SURIA ialah warung Nasi Dagang Atas Tol di Kuala Terengganu.

Seawal jam 8 pagi, Team SURIA yang turut disertai oleh penyampai-penyampai SURIA seperti DJ Lin, Issey, Fizi Ali, Shahrifah Shahira, Shahrol Shiro, Suraya Borhan, Tyzo, Naim Hashim dan Feeya Iskandar telah tiba di warung nasi dagang yang sangat terkenal itu.

Sejurus tiba, sudah ramai warga-warga Terengganu yang sudah menanti kedatangan penyampai-penyampai SURIA kesayangan mereka.

Walaupun pagi itu hujan renyai-renyai, namun itu tidak menghalang warga Terengganu dari datang ke lokasi untuk bertemu dan bersarapan secara percuma bersama-sama penyampai SURIA.

 

Memang meriah dan kecoh jadinya di warung Nasi Dagang Atas Tol dengan teletah penyampai-penyampai SURIA. Makanan yang dihidangkan juga memang sedap. Patutlah warung ini sangat popular. Kalau tak percaya anda kena pergi sendiri.

Selepas selesai sarapan pagi di Terengganu, seluruh Team SURIA bergerak ke Kuantan Pahang untuk belanja makan orang-orang Pahang pula.

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke Kuantan, kami sempat singgah di perhentian rehat untuk ke tandas dan kembali meneruskan perjalanan seperti biasa. Tiba-tiba salah seorang kru kami mendapat panggilan telefon daripada Tyzo bahawa dia telah tertinggal bas. Haru-biru jadinya! Nasib baik ada anggota-anggota polis yang kebetulan berada di perhentian yang sama dan sudi menolong Tyzo untuk membawanya ke perhentian seterusnya.

Di Kuantan pula, SURIA telah belanja warga Pahang makan malam di restoran popular Jaman Tory. Memang sedap-sedap makan di sini. Paling popular pastinya Ikan Patin Masak Tempoyak dan juga Daging Salai Masak Lemak.

Ramai pengunjung yang datang untuk makan malam bersama penyampai-penyampai SURIA. Sambil makan mereka dihiburkan dengan sesi karaoke bersama penyampai-penyampai SURIA.

Penyanyi baru popular, Syafiq Farhain sempat datang untuk membuat kemunculan istimewa dan menyanyikan beberapa lagu untuk peminat-peminatnya.

Memang kecoh apabila penyampai-penyampai SURIA mendengdangkan lagu-lagu popular di pentas termasuklah lagu nasyid. Malah mereka sempat bergelek sakan dengan lagu-lagu dangdut.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga Pantai Timur. Anda semua memang sangat sporting! Kalau ada rezeki pasti SURIA akan ke pantai timur lagi untuk bertemu anda semua.

Jangan lupa untuk menonton kemeriahan penyampai-penyampai SURIA bersama warga Pantai Timur di YouTube SURIA Malaysia. Momen Tyzo kena tertinggal bas pun ada tau!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!