86233

Suria Bersiaran Luar Di Atas Kapal Besok! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Stesen radio Suria akan berkolaborasi bersama Cruise Tasik Putrajaya bagi menjayakan siaran luar radio yang pertama di atas kapal pesiar pada Sabtu ini, 5 Mei 2018 di Putrajaya.

Menurut Pengurus Program Suria, DJ Lin, acara kolaborasi ini bertujuan untuk mencuba sedikit kelainan dalam penganjuran acara siaran luar radio.

“Suria sentiasa optimis dan berdaya saing dalam menghasilkan siri digital original dan juga penganjuran acara luar konti yang akan lebih mendekatkan penyampai Suria dan pendengar setia. Diharapkan juga jenama Suria semakin berkembang dan menjadi pilihan pendengar di luar sana,” kata DJ Lin.

Sebelum ini, Suria pernah menganjurkan siaran luar segmen Suria Petang dan Suria Cinta bertempat di MYDIN USJ, Subang Jaya pada 6 April yang lepas yang melibatkan penyampai Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Tidak seperti sebelum ini, siaran luar Suria bersama Cruise Tasik Putrajaya kali ini akan melibatkan hampir kesemua penyampai Suria antaranya Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Tyzo, Suraya, DJ Lin dan Halim Othman.

Pendengar bertuah yang dipilih melalui peraduan di Suria ini akan dapat bersama-sama melayari tasik Putrajaya sambil menyertai aktiviti ramah mesra bersama penyampai Suria dan artis-artis jemputan seperti Francisca Peter dan Lan Solo.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaMalaysia untuk sebarang interaksi berkaitan Suria di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!