91400

SURIA FM Rai Ulangtahun Ke 11 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Diam tak diam sudah 11 tahun SURIA FM mewarnai industri radio negara.

Sepanjang 11 tahun sudah bermacam-macam revolusi yang dilalui oleh SURIA FM dan masih kukuh menjadi antara 5 stesen radio paling popular di Malaysia.

Sempena dengan ulangtahun ke 11, SURIA telah menganjurkan majlis sambutan ulang tahun di pejabat SURIA FM yang terletak di Tropicana Office Tower.

Ramai rakan-rakan Artis serta wakil syarikat rakaman di Malaysia yang hadir bagi memeriahkan majlis.

Antara artis yang hadir ialah Shiha Zikir, Sissy Iman, Afieq Syazwan, Andi Bernadee, dan ramai lagi.

Namun dalam ramai-ramai artis yang hadir, yang paling menjadi tumpuan tentunya kumpulan Forteen dan Izzue Islam.

Siapa sangka di majlis sambutan ulang tahun Suria , hubungan mereka yang renggang dek perselisihan faham kembali terjalin dalam pertemuan yang sungguh mendebarkan dan menyentuh hati.

Terima kasih SURIA ucapkan kepada semua yang telah hadir memeriahkan sambutan ulang tahun SURIA yang ke 11. Memang meriah dengan pelbagai juadah terutamanya kek ulang tahun yang sangat banyak yang dihadiahkan oleh rakan-rakan artis dan syarikat rakaman.

Dan yang paling penting terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendengar-pendengar SURIA FM dan pembaca laman sesawang SURIA.MY. Anda adalah sebab kenapa SURIA terus bertahan. Teruskan menyokong SURIA FM sampai bila-bila okay!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!