Berita baik buat warga Taiping, 10 Mac ini SURIA FM bersama artis-artis popular tanah air dan penyampai-penyampai SURIA akan ke sana untuk siri Jelajah Suria 2018 di Taiping Sentral Mall.

Antara artis-artis yang akan terlibat ialah Liza Hanim, Shaa, Bagio Damasutra, Is Projector Band, Tajul, dan Qalam Band.

whatsapp-image-2018-03-09-at-3-54-25-pm

Tidak terkecuali penyampai-penyampai popular SURIA FM seperti DJ Lin, Zulin Aziz, Shiera, Fizi Ali, Suraya Borhan, Tyzo, Bob Ringgo, dan Brian.

28796069_1703449719713636_2588828096425623552_n

Pelbagai acara menarik yang akan dilakukan pada acara yang bermula dari jam 2 petang ini. Antaranya ialah Kutu Karok, permainan, serta persembahan mantap dari artis-artis jemputan.

Anda juga berpeluang untuk merakam gambar kenangan bersama penyampai serta artis kesayangan anda di samping membawa pulang barangan eksklusif SURIA FM.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini, kami tunggu anda di sana ya orang-orang Taiping. Muah ciked!!!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!