88803

SURIA Jemput 100 Selebriti Ke Konti - Suria FM - Segalanya Hiburan

SURIA menjemput seramai 100 orang selebriti untuk ke udara setiap hari bermula pada 6 hingga 31 Ogos ini dalam program yang dinamakan 100 Selebriti Suria.

Antara selebriti yang terlibat adalah Aiman Tino, Hael Husaini, Naim Daniel, Dayang Nurfaizah, Ismail Izzani, Asfan, Floor 88 dan ramai lagi.

100 orang selebriti ini akan ke udara di dalam slot utama Suria seperti Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Pendengar bukan sahaja bakal disajikan dengan perkembangan selebriti tersebut, malah pendengar juga boleh menghubungi konti Suria untuk bertanya apa sahaja kepada selebriti kesayangan mereka.

Pada masa yang sama, pelbagai aktiviti akan dilakukan bersama selebriti undangan dan penyampai Suria di konti.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!