93040

Suria Ketengahkan Iklan Pendek Dan Program Muzikal Sempena Kempen Ramadan Raya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Masih mengekalkan tema Segalanya Lebih Bermakna, Suria menawarkan pelbagai pengisian khas sempena Ramadan Raya tahun ini. Pengisian ini merangkumi video Ramadan, aktiviti amal, program Raya yang boleh ditonton menerusi laman web www.suria.my.

Sejak tiga tahun lepas, Suria memperluaskan platformnya dalam menyebarkan maklumat dan memberikan hiburan kepada orang ramai dimana Suria mengenengahkan video digital dan siri jelajahnya.

Usaha dalam memperluas dan memperkukuhkan jenama SURIA dalam dunia digital tidak terhenti disitu sahaja kerana Suria kekal komited menawarkan beberapa initiatif sempena Ramadan dan Raya ini antaranya adalah iklan pendek dan program muzikal.

Antara initiatif Suria Segalanya Lebih Bermakna adalah:-

Survival Kit Suria Wheels

Suria Wheels telah mengedarkan Survival Kit Suria yang mengandungi muffin Mighty White, susu UHT kotak Nestle, rangkaian minuman 3 dalam 1 Nutrigold & Min Kaffe Sahajiddah Hi O kepada pengunjung bazar-bazar Ramadan sekitar Lembah Klang Sepanjang bulan Ramadan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.50 petang.

 

Siri Jelajah Wad Kanak-Kanak Suria

Pada 15 Mei dan 16 Mei yang lepas, sekali lagi Suria menjelajah ke Wad Paediatrik di hospital sekitar Lembah Klang sempena siri Jelajah Wad Kanak-Kanak Suria Segalanya Lebih Bermakna. Lawatan CSR kali ini ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Putrajaya dimana penyampai Suria dan artis jemputan seperti Lan Solo, Siti Nordiana, Rashidi Ishak, Mimi Manan, Amir Masdi, Amir Hassan dan Kodi Rasheed bersama meraikan kanak-kanak yang terlantar atau sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. Mangkuk tingkat yang berisi biskut, air kotak, mainan serta alatan melukis diberikan kepada pesakit manakala kepada ibu bapa, doktor dan jururawat yang bertugas pula diberikan pek berbuka puasa.

Refleksi di Suria Edisi Ramadhan

Selaras dengan program ‘Refleksi di Suria’ yang ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 hingga 8 malam, Refleksi di Suria Edisi Ramadhan yang merupakan program usaha sama antara Suria dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP dimana Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman turun padang mendekati masyarakat dan memberi penerangan atas isu kekeliruan dan persoalan tentang kewajipan umat Islam dalam menunaikan zakat dalam versi digital menerusi Facebook SuriaFM.

Meja Bulat Mak

 Meja Bulat Mak merupakan iklan pendek terbitan Suria yang mengisahkan tentang 7 beradik yang jarang berpeluang untuk pulang beraya ke kampung atas kesibukan kehidupan di kota raya.

Namun, setelah mak ‘pergi’, akhirnya Kak Long, Angah, Alang, Kak Teh, Abang Chik, Piji dan Cik Piah berkesempatan untuk berkumpul di meja bulat mak yang terletak di tengah ruang makan rumah pusaka arwah abah pada malam raya.

Sepanjang berada di meja bulat mak, masing-masing mula mengimbau kembali kisah silam zaman kanak-kanak. Dari cerita kuih siput hinggalah ke tragedi bersama Pak Karim.

Detik yang sepatutnya menjadi sesuatu yang menggembirakan adik-beradik ini berakhir dengan pertengkaran. Isu demi isu dibangkit. Dari nada gembira bertukar ke nada marah.

Apakah yang bakal berlaku? Mungkinkah pertelingkahan tujuh beradik ini akan membawa kepada konflik keluarga yang lebih dahsyat? Adakah meja bulat mak menjadi ‘punca’ kepada perpecahan keluarga ini?

Klik di sini untuk mengetahui kesudahan Meja Bulat Mak.

Riuh Raya Suria

Sebuah program yang berkonsepkan gabungan bual bicara dan persembahan band secara langsung menampilkan persembahan daripada barisan artis baru dan lama seperti Rohana Jalil, Ramlah Ram, Isma AF, Izzue Islam, Wani Kayrie, XPose Band, Neon Band, Afieq Shazwan, Amylea, Megat, Aziz Harun, Amir Masdi, Fara Hezel & Luqman Faiz.

Saksikan persembahan dan keriuhan barisan penyampai Suria bersama artis jemputan berkongsi pengalaman mereka menerusi Youtube SuriaTV dan juga Facebook Suria Malaysia, pada Hari Raya Pertama, 5 Jun 2019 pada jam 8.00 malam.

 

“Alhamdulillah, segala perancangan Suria sempena Ramadan dan Raya ini berjalan dengan lancar dan Suria turut mendapat berita gembira dimana menerusi hasil kaji selidik radio terkini, Suria merupakan satu-satunya stesen radio berbahasa Melayu yang mencatatkan peningkatan dalam jumlah pendengar untuk dua sweep berturut-turut dan yang terbaharu, peningkatan sebanyak 25% berbanding jumlah pendengar sebelum ini dan turut mencatatkan peningkatan pendengar eksklusif di antara lima stesen radio teratas,” kata Roslinda Abd Majid (DJ Lin) selaku Pengurus Kanan Suria FM.

“Malah, Suria turut mempunyai masa jumlah mendengar yang tertinggi iaitu 2.43 jam di Wilayah Tengah dan Suria Cinta masih mengekalkan jumlah masa mendengar tertinggi untuk slot malam berbanding lima stesen radio berbahasa Melayu utama yang lain.” tambah DJ Lin.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SegalanyaLebihBermakna untuk sebarang interaksi di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!