92777

Suria Nak Bagi Sarapan Percuma Untuk Orang Sekitar Lembah Klang Sabtu Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Siapa yang berada di sekitar Lembah Klang minggu ini, jangan lepaskan peluang bersarapan bersama barisan penyampai Suria pada hari Sabtu ini 20 April di Restoran Rebung Dato Chef Ismail, Kuala Lumpur bermula pada jam 9.00 pagi. Yang penting, sarapan adalah percuma!

Hanya seramai 100 pendengar terawal akan diberikan peluang menyertai acara ini dengan hanya menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun di telefon pintar mereka dan bukti mereka mengikuti media sosial Instagram Suria Malaysia ketika acara berlangsung.

Pendengar yang hadir akan turut dihiburkan dengan beberapa persembahan dan acara pentas yang memberi peluang kepada mereka membawa pulang hadiah wang tunai dan juga barangan eksklusif Suria.

  

 

Acara Suria Belanja Makan ini bermula pada 13 April yang lepas dimana Suria belanja makan tengah hari di Restoran Lot Lapan Lima, Jalan Hang Li Po Melaka pada jam 12.00 tengah hari dan kemudian ke Mango Float Royale, Batu Berendam Melaka pada jam 4.00 petang untuk belanja pendengar setia Suria minum petang pula.

Pendengar di Melaka bukan sahaja dapat makan tengah hari dan minum petang secara percuma, malah dapat beramah mesra dan melakukan beberapa aktiviti bersama barisan penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Suraya, Tyzo dan DJ Lin serta artis jemputan Megat Mentor dan Amir Masdi.

Rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 8 hingga 26 April 2019.

Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Anda perlu meneka dua nama penyanyi dan tajuk lagu yang di ‘mash-up’ kan dalam masa 10 saat. Jika tidak berjaya, wang tersebut akan digandakan ke segmen seterusnya. Peserta juga bakal membawa pulang hadiah misteri di Jam Bonus.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!