91723

SURIA Nak Belanja 200 Teh Tarik Di Restoran Hakim Seksyen 7 Sempena Final AFF Suzuki Cup - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kepada seluruh penyokong pasukan Harimau Malaya, ayuh beramai-ramai kita ke Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam untuk menonton perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 , Malaysia menentang Vietnam pada 15 Disember ini.

Apa yang lebih menarik, SURIA FM nak belanja 200 penonton minum teh tarik secara percuma.

 

Bukan itu sahaja, pelbagai lagi aktiviti menarik akan diadakan dan anda berpeluang memenagi pelbagai hadiah menarik termasuklah barangan eksklusif SURIA dan juga Figos Sportswear.

Anda juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan penyampai-penyampai SURIA FM seperi DJ Lin, Rara, Fizi Ali, Issey, Shahrol,  Cik piah, Suraya, Tyzo, Halim Othman dan ramai lagi.

Apa lagi, jom la ramai-ramai kita gegarkan Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam dengan sorakan gemuruh tanda sokongan pada kepada pasukan Harimau Malaya bermula seawal jam 6 petang. Jumpa anda di sana ya!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!