92689

Suria Nak Belanja Korang Makan Hujung Minggu Ni! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas Jelajah Suria berakhir di Aman Central Alor Setar pada Sabtu  lepas, bersama barisan penyampai Suria dan artis seperti Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Ara Johari, Wany Kayrie, Izzue Islam, Afieq Shazwan, Floor 88, Ernie Zakri, Amir Masdi, Neon Band, Nizam Laksmana, Gmie Screen dan selebriti media sosial Shazz, Suria akan terus menemui peminat mereka di sekitar Melaka dan Lembah Klang menerusi program mini jelajah ‘Suria Belanja Makan’.

 

 

 

 

 

 

 

Acara Suria Belanja Makan ini akan bermula pada 13 April, Sabtu ini dimana Suria akan berada di Restoran Lot Lapan Lima, Jalan Hang Li Po Melaka pada jam 12.00 tengah hari dan kemudian akan ke Mango Float Royale, Batu Berendam Melaka pada jam 4.00 petang.

Seramai 100 pendengar terawal akan diberikan peluang menyertai acara ini dengan hanya menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun di telefon pintar mereka ketika acara berlangsung.

“Program mini jelajah ini telah pun dianjurkan pada tahun lalu dimana penyampai Suria ke Terengganu dan Pahang untuk belanja peminat sarapan dan makan malam. Lagipun skala program ini lebih kecil dan tertutup berbanding ‘Jelajah Suria’, memberi laluan kepada peminat beramah mesra bersama penyampai Suria dengan lebih dekat ketika menjamu selera,” kata Roslinda Abd Majid (DJ Lin), Pengurus Kanan Suria.

 

 

 

Rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 8 hingga 26 April 2019.

Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Anda perlu meneka dua nama penyanyi dan tajuk lagu yang di ‘mash-up’ kan dalam masa 10 saat. Jika tidak berjaya, wang tersebut akan digandakan ke segmen seterusnya. Peserta juga bakal membawa pulang hadiah misteri di Jam Bonus.

Dengarkan juga Super 8 Team Pagi Suria yang menampilkan lapan orang selebriti sebagai penyampai jemputan setiap minggu di segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali dan Issey. Selebriti Super 8, Izzue Islam telah pun memulakan tugasnya sebagai penyampai jemputan di lokasi Jelajah Suria yang terakhir dan ke udara bermula 8 April hingga 12 April ini.

Bekas penyampai radio, Fara Fauzana akan mengubat kerinduan peminat-peminatnya apabila bakal mengendalikan slot Team Pagi Suria bersama penyampai Fizi Ali dan Issey selama seminggu bermula pada 15 April 2019.

Selebriti Super 8 Team Pagi Suria yang terakhir iaitu Ali Puteh akan ke udara bermula pada 22 hingga 26 April 2019.

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!