91543

SURIA Rai Ulangtahun Ke 11 Bersama Pendengar Bertuah Di Tony Romas - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi menghargai pendengar-pendengar setia SURIA, satu majlis makan malam eksklusif sempena meraikan ulangtahun ke 11 stesen radio SURIA telah diadakan di restoran Tony Romas Setia City Mall pada 1 Disember lalu.

Seramai 20 pendengar bertuah telah dipilih menerusi pertandingan yang diadakan menerusi siaran radio. Ada juga pendengar yang datang dari jauh seperti dari Sungai petani dan ipoh semata-mata mahu meraikan majlis ulangtahun bersama SURIA.

Acara bermula jam 8 malam itu telah dihadiri oleh pengurus serta penyampai segmen Suria Cinta iaitu DJ Lin, serta penyampai-penyampai SURIA yang lain seperti Rara, Tyzo, Suraya, Cik Piah, Fizi Ali, dan Naim Hashim.

Selain dari barisan penyampai-penyampai SURIA, acara pada malam itu juga turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Datin Alyah, Tajul dan Sissy Iman.

Memang meriah acara pada malam itu. Selain dapat menjamu selera dengan hidangan yang lazat seperti tulang rusuk, Pihak Tony romas juga telah menyediakan kek khas sempena meraikan ulangtahun SURIA yang ke 11 tahun.

Terima kasih diucapkan kepada semua pendengar-pendengar SURIA yang terpilih untuk menyertai makan malam eksklusif bersama dengan penyampai-penyampai SURIA. Tidak dilupakan juga kepada para selebriti yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada malam itu. Jika ada rezeki kita jumpa lagi tahun hadapan okay!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!