89592

SURIA Raikan Rakan Media Di Red Box - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam SURIA telah meraikan rakan-rakan media pada malam apresasi media yang telah berlangsung di pusat karaoke terkenal Red Box The Gardens.

Sebagai stesen radio yang sudah lebih dari 10 tahun bertapak di industri hiburan Malaysia, sokongan dari pihak media juga memainkan peranan penting dalam memastikan SURIA FM terus kukuh di dalam dunia penyiaran radio Malaysia.

Sehubungan itu, satu majlis untuk meraikan serta menghargai jasa para rakan-rakan media telah dianjurkan dengan kerjasama Red Box Malaysia. Antara organisasi media yang terlibat ialah Berita harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Mstar, The Star, Sinar Harian, Media Hiburan, Rojak Daily, Astro Gempak, Roti Kaya, Siakap Keli, Rentak Sejuta, Selebriti Online dan ramai lagi.

Selain menawarkan sesi karaoke secara percuma kepada semua rakan media, SURIA turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk sesi cabutan bertuah di mana pemenang utama membawa pulang sebuah televisyen skrin rata bersaiz 39 inci.

Memang gamat dan kecoh jadinya apabila penyampai Team Pagi Suria iaitu Fizi Ali dan Issey mengacarakan majlis pada malam itu. Kalau dah semua wartawan hiburan bergabung dalam satu acara, memang riuh rendah lah jadinya.

Terima Kasih yang tidak terhingga SURIA ucapkan kepada semua rakan-rakan media yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama untuk memeriahkan acara apresiasi bersama SURIA.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah. Jika ada kekurangan, seribu kemaafan dipohon dari pihak kami. Insyaallah jika ada rezeki kita akan anjurkan lagi majlis seperti ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Red Box Malaysia di atas kerjasama ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!