87260

SURIA Segalanya Lebih Bermakna Ceriakan Pesakit Di Hospital Sungai Buloh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung program CSR SURIA bersama penyampai-penyampai SURIA seperti Fizi Ali dan Tyzo serta Chef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob dan juga penyanyi Afieq Shazwan dan Fareez Mentor yang bertempat di Hospital Sungai Buloh.

Kunjugan kami ke wad pediatrik kanak-kanak di sana disambut mesra oleh kaki tangan Hospital Sungai Buloh.

Turut bersama-sama dalam menyampaikan sumbangan kali ini ialah wakil minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu Chatime.

Pelbagai sumbangan diberikan seperti mangkuk tingkat istimewa SURIA, mainan lego, air minuman Chatime perisa khas yang dicipta Dato’ Fazley iaitu Bandung dan Cendol serta duit raya dan belon.

“Kujungan saya kesini pada hari ini adalah di atas dua sebab, satu kerana ingin turut bersama SURIA dalam menjalankan CSR, yang kedua saya turut mewakili Chatime di mana saya mencipta dua perisa terbaru iaitu Bandung dan Cendol yang turut di edarkan pada hari ini”, jelas dato’ Fazley.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, melihatkan keadaan pesakit-pesakit di wad kanak-kanak ini hati mana yang tidak tersentuh. Namun kunjungan kami kesini sedikit sebanyak dilihat mampu mengukir senyuman di wajah pesakit dan juga penjaga.

Bagi Afieq program CSR kali nini membuatkannya teruja untuk turut serta kerana melibatkan pesakit yang merupakan kanak-kanak.

“CSR kali ini lebih seronok sebab saya dapat berjumpa kanak-kanak. Namun saya tidak dapat menyembunyikan kesedihan saya melihat kanak-kanak yang terpaksa menanggung kesakitan terutamanya anak-anak yang masih kecil” ujar Afieq.

Bagi Fareez pula ini adalah pengalaman pertamanya menyertai program CSR di hospital.

“Sebelum ini saya dan kawan-kawan pernah pergi ke rumah anak-anak yatim. Tetapi disini berbeza, kerana mereka di sini sakit. Saya sangat sedih melihat ada bayi yang sakit jantung. Saya harap mereka semua sihat dan dapat beraya dengan gembira di sini”, jelasnya.

Terima kasih kepada warga kerja Hospital Sungai Buloh serta para pesakit dan penjaga di sini yang memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang lawatan kami. Terima kasih juga kepada Chatime yang sudi menaja minuman berperisa Bandung dan Cendol kepada pesakit dan kakitangan Hospital Sungai Buloh. Inshaallah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!