89677

SURIA Teruskan Jelajah Di Aeon Bukit Raja Klang Bersama Artis Popular - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jelajah SURIA diteruskan untuk minggu kedua, kali ini di Aeon Bukit Raja Klang Selangor Darul Ehsan pada Sabtu ini 15 September 2018.

Kali ni SURIA membawakan artis-artis yang lebih mantap seperti Datin Alyah, Lan Solo, Nabila Razali, Sofarz, Amir Masdi, Ben Ladin, One Avenue Band dan Tegar.

Tidak ketinggalan pastinya penyampai-penyampai SURIA kesayangan anda seperti DJ Lin, Sharifah Shahira, Fizi Ali, Tyzo, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Issey dan Shahrol Shiro.

Bagi anda yang memiliki bakat terpendam sebagai penyanyi, jangan lupa untuk hadir lebih awal iaitu pada jam 12 tengah hari untuk mneyertai pertandingn Kutu Karoks yang menawarkan hadiah berupa wang tunai untuk dimenangi.

Ayuh warga Klang dan Shah Alam serta yang berdekatan kita berhibur hujung minggu ini bersama-sama artis popular dan penyampai-penyampai SURIA. Jangan lupa bawa telefon pintar anda untuk kita berselfie okay! Jumpa anda di sana!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!