85199

Sweet Qismina Tolak Slot Akasia Untuk Fokus Belajar - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon remaja semakin meningkat naik Sweet Qismina mengakui amat berat baginya untuk melepaskan tawaran drama slot Akasia di TV3 namun terpaksa berbuat demikian kerana kekangan masa.

“Sayang sangat sebab saya terpaksa lepaskan slot Akasia dan Zehra. Tapi memang saya tak boleh sebab saya dah rancang untuk perjalanan saya. Saya mahu fokus untuk habiskan belajar dahulu.

Sekarang saya dah masuk tahun kedua pengajian ijazah di sebuah kolej dalam jurusan komunikasi dan media. Saya ada lagi dalam lebih kurang dua tahun untuk habiskan belajar. Inshaallah bila dah habis belajar saya akan fokus sepenuhnya kepada lakonan semula” jelasnya.

whatsapp-image-2018-03-14-at-1-53-01-pm-1

Ditanya kenapa dia tidak mengambil cuti semester atau menangguhkan sementara pengajian demi merealisasikan impian untuk berlakon slot idaman setiap pelakon, kata Sweet dia berpegang teguh kepada pesan ibunya bahawa rezeki ada di mana-mana.

Dalam perkembangan lain, Sweet bakal muncul dengan telefilem Suatukala di mana Sweet membawakan watak sebagai Merah dan hikayat bawang Putih Bawang Merah.

Baguslah tu Sweet. SURIA kagum dengan pendirian Sweet yang tidak cepat gelap mata dnegan tawaran yang datang. Ilmu juga penting untuk masa hadapan. Semoga Sweet dapat menamatkan pengajiannya dengan mudah dan mendapat keputusan cemerlang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!