72415

Syafinaz Berharap Album Barunya Akan Keluar Secepat Mungkin - Suria FM - Segalanya Hiburan
whatsapp-image-2017-07-07-at-3-55-49-pm-1
Gambar ihsan Instagram @rifaee_isa

Namanya tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Selain terkenal sebagai penyanyi popular, Syafinaz Selamat juga sering diundang sebagai juri dan guru vokal untuk pelbagai rancangan realiti TV.

Terbaru kru Suria sempat bertemu dengan Syafinaz dan pengurusnya di sebuah acara aksesori fesyen di Kuala Lumpur untuk bertanyakan perkembangan terbaru beliau.

whatsapp-image-2017-07-07-at-3-55-49-pm
gambar ihsan Instagram @officialdanieyjunaidi

“Saya memang berharap sangat untuk mengeluarkan album terbaru saya secepatnya. Kalau boleh sebelum hujung tahun ini kerana saya tahu ramai yang menantikannya. Namun saya memang sibuk dengan tugas sebagai pensyarah dan guru vokal peribadi, jadi itu yang menyulitkan sedikit keadaan untuk saya keluar dengan buah tangan terbaru lebih awal,” ujar penyanyi tinggi lampai tersebut.

Walau bagaimanapun Syafinaz masih sibuk dengan persembahan nyanyian untuk acara-acara korporat dan kemunculan-kemunculan khas yang lain.

whatsapp-image-2017-07-07-at-3-55-49-pm-2
Gambar ihsan Instagram @officialdanieyjunaidi

“Selain beberapa faktor tertentu, komitmen saya terhadap kerja sebagai tenaga pengajar juga menyebabkan saya terpaksa menolak beberapa tawaran untuk menjadi juri dan pengkritik beberapa acara realiti TV yang sedia ada, ” tambahnya lagi ketika ditanya mengapa beliau tidak lagi tampil sebagai juri dalam pertandingan nyanyian televisyen.

Untuk lebih banyak berita hiburan dan sensasi klik di sini

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!