84881

Syafinaz Selamat Kini Bergelar Datuk - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi dan guru vokal terkenal Malaysia iaitu Syafinaz Selamat telah dianugerahkan dengan pingat Panglima Mahkota Wilayah yag membawa gelaran Datuk sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang disambut hari ini.

Syafinaz, 45 yang popular dengan lagu Ingin Bersamamu telah menerima anugerah berkenaan bersama 69 lagi individu bertuah yang lain.

Selain menyanyi, Syafinaz turut pernah terlibat sebagai juri untuk pertandingan realiti One In A Million dan juga Akademi Fantasia.

Beliau merupakan seorang yang begitu dihormati terutamanya dalam bidang muzik dan vokal malah pernah berkhidmat sebagai seorang penyarah di Universiti Teknologi Mara UiTM dan juga Akademi Seni Kebangsaan ASWARA.

Datuk Syafinaz turut pernah membuat persembahan sewaktu kujungan bekas presiden Amerika Syarikat iaitu Barrack Obama beberapa tahun lalu.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Datuk Syafinaz diatas penganugerahan yang diberikan diatas pencapian yang membanggakan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!