87255

Syafiq Kyle Kirim Kad Raya Kepada 5000 Peminat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang, pelakon Syafiq Kyle ingin mengembalikan nostalgia hari raya dengan mengirimkan kad raya istimewa khas buat peminatnya. Aktiviti istimewa ini bertujuan untuk mengembalikan tradisi dan nostalgia serta memeriahkan lagi suasana menjelang hari raya.

Utusan kad raya bersama pantun ini merupakan buah tangan istimewa kepada semua peminat dan penyokong tegar Syafiq. Kad raya ini sangat istimewa kerana ia merupakan tanda penghargaan buat semua peminat yang menyokong karier seni Syafiq sejak dari awal pembabitaanya di dalam bidang seni.

“Ini adalah pertama kali saya buat projek kad raya ini sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat saya di Malaysia. Pada mulanya saya rasa penyediaan kad raya istimewa ini agak melecehkan, tetapi sangkaan saya meleset! Ia sangat menyeronokkan!” ujarnya.

Sebanyak 5000 keping kad raya bakal diedarkan kepada peminat-peminat Syafiq di seluruh Malaysia.

Kad raya istimewa ini merupakan sebuah lukisan karikatur khas yang memaparkan wajah Syafiq Kyle dan suasana kampung di hari lebaran. Selain itu peminat akan berpeluang memiliki kad raya istimewa ini beserta ucapan dan tandatangan khas dari Syafiq Kyle sendiri.

Peminat yang mahu mendapatkan kad raya istimewa dari Syafiq ini perlu mengisi maklumat mereka di laman web Syafiq Kyle iaitu di www.syafiqkyle.com

Wah untung peminat-peminat Syafiq Kyle dapat kad raya dari artis pujaan mereka. SURIA puji usaha Syafiq untuk mengembalikan tradisi menghantar kad raya yang semakin dilupakan pada zaman sekarag. Agak-agaknya ada peluang tak SURIA dapat kad raya dari Syafiq?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!