86898

Syafiq Kyle Sokong Caruman 2% KWSP Untuk Suri Rumah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Hangat apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakan potongan caruman 2% dari gaji para suami untuk di salurkan ke Kumpulan Wang Simpanan Kerja (KWSP) untuk isteri yang bergelar suri rumah.

Ada yang menyokong inisiatif kerajaan itu, malah ada juga para suami yang mempersoalkan kenapa harus memotong gaji mereka untuk diberikan kepada isteri.

Selebriti popular Syafiq Kyle menerusi status di Twitternya menyokong usaha kerajaan untuk memotong 2% daripada gaji suami.

Kata Syafiq, biarpun kerjayanya sebagai seorang pelakon tidak mempunyai KWSP, tetapi katanya untuk melabur 2% kepada isteri tidak sepatutnya menjadi isu.

Kata Syafiq lagi, tiada yang labih berharga dari pengorbanan seorang isteri dan juga seorang ibu.

Status Twitter Syafiq itu telah mendapat lebih dari 10 ribu retweet dan lebih dari 8000 likes.

SURIA pun tertarik dengan isu 2% ini. Rasanya apalah sangat nilai 2% dari gaji anda berbanding pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat serta menguruskan hal rumah tangga. Kalau rokok yang mahal boleh beli, takkan 2% gaji tak boleh diberikan kepada isteri?

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!