72802

Syafiq Kyle Tewaskan Fattah Amin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon kacak, Syafiq Kyle telah menewaskan Fattah Amin bagi Anugerah Lelaki Dambaan di Anugerah Intrend Gala 2017.

Bukan sahaja Fattah Amin, Syafiq turut menewaskan tiga lagi pesaing utama antaranya YB Khairy Jamluddin, Sharnaaz Ahmad dan Hisyam Hamid.

screen-shot-2017-11-24-at-6-23-19-pm

Syafiq yang ditemui sewaktu majlis Intrend Gala berkata dia sama sekali tidak menyangka akan meraih anugerah berkenaan.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang telah sokong dan mengundi saya untuk menang Anugerah Lelaki Dambaan 2017, saya sangat-sangat menghargainya”, jelas Syafiq.

screen-shot-2017-11-24-at-6-46-58-pm

Nama Syafiq menjadi sebutan dan kegilaan ramai wanita selepas dia membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer bergandingan bersama Hanna Delisha.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Syafiq. Anda sememangnya lelaki dambaan 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!