100997

Syahrini, Suami Banyak Kali Mandi Untuk Elak Covid-19 - Suria FM - Segalanya Hiburan

PENYANYI popular Indonesia, Syahrini mengakui dia dan suami, Reino Barack lebih kerap mandi kebelakangan ini.

Menurut laporan Liputan6, Syahrini berkata dia dan Reino membersihkan diri kerana bimbang dengan penularan virus Covid-19.

Perkara itu dikongsi oleh Syahrini ketika menjadi tetamu jemputan SCTV, baru-baru ini.

Dalam program tersebut, Raffi Ahmad bertanyakan beberapa soalan peribadi kepada pasangan ini.

“Siapa di rumah yang paling kerap mandi,” tanya Raffi Ahmad.

Tanpa berselindung, penyanyi lagu Seperti Itu? ini mengakui dia dan suami memiliki perangai yang sama.

“Kami berdua sama kerap mandi… kerap mandi kerana sekarang lagi pandemik! Kemana-mana pergi, kami akan mandi kerana takut. Belum kering dah mandi lagi,” jawabnya.

Mendengar jawapan Syahrini itu, Raffi hanya tertawa dan bersetuju bahawa mandi itu merupakan kewajiban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

“Mandi itu memang wajib ya, tambah pula dalam pandemik begini,” kata Raffi.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Liputan6

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!