72226

Syamel Terus Bangkit Untuk Tebus Segala Kekecewaan Pada Tahun Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nampaknya kekecewaan tidak dapat beraksi di pentas separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL31) tahun lepas berjaya ditebus Syamel pada tahun ini.

liriklaguhidupdalammatisyamelaf2015singleterbaru

Lagu terbaru Syamel yang berjudul Lebih Sempurna telah berjaya memenangi pusingan ‘wild-card’ sewaktu showcase Muzik Muzik 32 baru-baru ini sekaligus melayakkan bekas pelajar Akademi Fantasia ini beraksi di pentas separuh akhir AJL32 nanti.

Apa yang lebih membanggakan ialah lagu Lebih Sempurna ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri adalah lagu pertama yang layak ke separuh akhir AJL32.

maxresdefault

Tahun lepas kontroversi melanda penyanyi ini apabila telah menarik diri di saat akhir dari bertanding di pentas separuh akhir apabila lagu Hidup Dalam Mati dikatakan adalah lagu yang ‘diciplak’.

Lagu Hidup Dalam Mati ciptaan sepenuhnya oleh Syamel itu dikatakan mempunyai persamaan dengan lagu yang dicipta oleh penyanyi Ayai Illusi yang berjudul Ku Kejar Bayangmu untuk salah seorang peserta Kilauan Emas iaitu Idris.

gambar-bergaya-syamel-af

Walaubagaimanapun isu itu telah pun diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak.

Cuma yang ralatnya adalah apabila pihak penerbitan lagu berkenaan mengambil keputusan untuk menarik diri dari separuh akhir AJL31 dan juga Anugerah Industri Muzik 22.

18095907_661747500676143_225438495450071040_n

Ramai peminat Syamel yang kecewa dengan keputusan itu kerana Syamel dilihat antara bakat baru yang mampu memberikan saingan sengit di pentas AJL kerana vokalnya yang mantap.

Kami di SURIA mendoakan semoga kejayaan menanti Syamel pada tahun ini dan kepada anda pendengar pendengar Suria jangan ketinggalan untuk mendengarkan kehebatan vokal Syamel secara ‘live’ di Konsert Jelajah Suria 10 Tahun pada 29 April 2017 di PERKARANGAN MYDIN USJ SUBANG JAYA, jam 8 malam.

18157569_1375296429195635_8064553933659503843_n

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!